[Bahagian Pengurusan Sumber Manusia | Cawangan Perancangan Tenaga Manusia & Pembangunan Organisasi | Cawangan Pengurusan Sumber Manusia | Cawangan Pembangunan Modal Insan | Cawangan Pengurusan Prestasi Dan Tatatertib | Unit Pengurusan Psikologi]
AHMAD NAZARI MOHD HANAFIAH
Setiausaha Bahagian
Tingkat 3, Blok F,
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jln Dato' Onn,
50610 Kuala Lumpur.
Tel : 03-26915295
Faks : 03-26937233
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia diketuai oleh Setiausaha Bahagian, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54. Bahagian ini bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berkaitan struktur organisasi dan perjawatan, urusan-urusan perkhidmatan, latihan kakitangan dan peperiksaan serta urusan-urusan berkaitan prestasi dan kemajuan kerjaya pegawai. Cawangan dan unit utama adalah :
- Cawangan Perancangan Tenaga Manusia dan Pembangunan Organisasi
- Unit Pengurusan Data (HRMIS)
- Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
- Cawangan Pembangunan Modal Insan
- Unit Kompetensi
- Cawangan Pengurusan Prestasi dan Tatatertib
- Unit Pengurusan Psikologi
Visi
Untuk menjadi organisasi terbaik dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk mencapai objektif organisasi.
Misi
Untuk memastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif bahagian
Objektif
Untuk menghasilkan anggota yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi
Cawangan Perancangan Tenaga Manusia & Pembangunan Organisasi

Klik di sini untuk paparan lebih jelas
Misi
Menyediakan tenaga manusia dan struktur organisasi yang cekap, mantap dan berintegriti
Visi
Ke arah perancangan tenaga manusia dan pembangunan organisasi yang optimum dan kompeten
Objektif
Cawangan ini bertanggungjawab untuk memastikan Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya mempunyai struktur organisasi yang sesuai, terancang dan tersusun serta mempunyai bilangan perjawatan yang optimum untuk membolehkannya menjadi sebuah organisasi yang cekap dan berkesan dengan mengambil kira keperluan terkini dan masa depan
Fungsi Dan Peranan
-
Merancang, menyelaras dan melaksana urusan permohonan pewujudan, pemansuhan, penggredan semula jawatan dan penyusunan semula struktur organisasi di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya.
-
Merancang, mengkaji dan melaksana keperluan perjawatan dan pengisian jawatan di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya. Aktiviti termasuk penyediaan laporan suku tahunan perjawatan, pengisian dan kekosongan.
-
Merancang dan menyelaras pelaksanaan pasukan naziran perjawatan dan senarai tugas di Ibu Pejabat Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya.
-
Merancang, menyelaras dan melaksana urusan penyediaan, pemeriksaan dan pengemaskinian Buku Anggaran Perbelanjaan dan Senarai Perjawatan Tahunan Kementerian.
-
Merancang, menyelaras dan melaksana semakan skim-skim perkhidmatan di Kementerian dan Jabatan/Agensi di bawahnya.
-
Urus setia bagi Jawatankuasa Penyelarasan Sumber Manusia Kementerian dan Jabatan/Agensi.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan :
-
Memproses permohonan penyusunan semula yang lengkap dan kemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pertimbangan dalam tempoh enam puluh hari (60) hari waktu bekerja;
-
Mengedarkan kelulusan Waran Perjawatan dari Perbendaharaan Malaysia kepada Pelanggan dalam masa tiga (3) hari waktu bekerja;
-
Menyelesaikan permohonan perjawatan dan kelulusan pengisian jawatan dalam empat belas (14) hari bekerja dari tarikh ia permohonan lengkap diterima;
-
Menguruskan urusan surat-menyurat dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh ia mula diterima;
-
Melaksanakan naziran perjawatan lima belas (15) kali setahun; dan
-
Menyediakan dan mengemas kini Buku Anggaran Perbelanjaan dan Senarai Perjawatan Tahunan Kementerian selewatnya 30 Jun setiap tahun.
Unit Pengurusan Data HRMIS
Misi
Melaksanakan HRMIS di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan selaras dengan visi sumber manusia Perkhidmatan Awam dan matlamat Kerajaan Elektronik serta mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pengurusan sumber manusia secara efektif ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan sumber manusia.
Visi
Menjadi penyelaras untuk menerajui pengurusan maklumat sumber manusia secara online melalui HRMIS di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Objektif
-
Memastikan aktiviti pelaksanaan HRMIS dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya melalui struktur dan mekanisme yang mantap mengikut jadual yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
-
Memastikan maklumat sumber manusia di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sentiasa terkini
Fungsi Dan Peranan
-
Menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya, khususnya aktiviti-aktiviti pra-pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan sesuatu modul/submodul HRMIS;
-
Memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa dikemaskini;
-
Sebagai point of reference kepada pengguna agensi dalam pelaksanaan HRMIS;
-
Bertindak sebagai Meja Bantuan HRMIS iaitu menyelesaikan masalah pengguna di agensi berkaitan pengoperasian aplikasi HRMIS;
-
Menguruskan latihan aplikasi HRMIS kepada pengguna dan membangunkan kepakaran untuk menggunakan aplikasi HRMIS di Jabatan dan Agensi;
-
Urus setia kepada Pasukan Teras, Pasukan Jaguh, Jawatankuasa Pelaksanaan dan Jawatankuasa Pemandu di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan;
-
Menyelaraskan penyediaan infrastruktur yang diperlukan seperti kemudahan tapak/bilik, pendawaian, punca kuasa dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS;
-
Pusat rujukan data Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya; dan
-
Menyediakan laporan status pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi dari semasa ke semasa.
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan :
-
Menyelaras pelaksanaan Human Resource Management Information System (HRMIS) di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005;
-
Memastikan semua data-data yang terkandung dalam HRMIS adalah tepat dan terkini;
-
Menyelesaikan aduan berkaitan HRMIS dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
-
Membentangkan laporan status pelaksanaan modul/submodul HRMIS kepada semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan setiap suku tahun;
-
Membentangkan perancangan pelaksanaan HRMIS kepada semua ahli Jawatankuasa Pelaksanaan setiap setengah tahun;
-
Menganjurkan latihan penggunaan modul/submodul HRMIS kepada pegawai dan kakitangan berkaitan; dan
-
Memastikan rangkaian HRMIS dapat dicapai oleh semua pegawai dan kakitangan melalui terminal masing-masing.
Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Klik di sini untuk paparan lebih jelas
Objektif
Melaksanakan urusan perkhidmatan para pegawai dengan cekap, tepat dan teratur melalui peraturan-peraturan sedia ada seperti urusan pengisian, pelantikan, pengesahan, pembayaran emolumen, pemberian taraf berpencen, kemudahan dan saraan, pasca perkhidmatan serta perkara-perkara personel yang diuruskan dari masa ke semasa.
Fungsi dan Peranan
-
Merancang dan menyelaras urusan pengambilan, pelantikan, dan peletakan jawatan mengikut prosedur di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan pekeliling-pekeliling berkaitan bagi kakitangan di bawah bidang kuasa Ketua Setiausaha Kementerian.
-
Menyelaras urusan Pengesahan Lantikan, Pengesahan dalam Perkhidmatan dan kemasukan ke dalam perjawatan berpencen mengikut prosedur di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 pekeliling-pekeliling berkaitan bagi Pegawai Kementerian dan Jabatan di bawahnya.
-
Memproses urusan saraan dan kemudahan mengikut peraturan sedia ada seperti yang terdapat dalam Perintah-Perintah Am Bab B 1974 / Pekeliling-pekeliling berkaitan bagi tujuan perakuan dan kelulusan Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan bagi anggota-anggota Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
-
Melaksanakan urusan pengisian, penempatan dan pertukaran bagi jawatan guna sama, sebahagian jawatan bukan guna sama dan kader.
-
Menyelaras dan menguruskan urusan pasca perkhidmatan pegawai-pegawai di Kementerian.
-
Menyelaras urusan pelantikan pegawai secara kontrak, peminjaman/pertukaran sementara serta Pegawai Khidmat Singkat/Pegawai Sambilan bagi Kementerian dan Jabatan di bawahnya.
-
Mengemaskini maklumat pegawai Kementerian di dalam Buku Perkhidmatan dan juga HRMIS.
-
Menyelaras Penyata Perubahan Pewangan (Kew.8) para pegawai Kementerian
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan :
-
Memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap serta mesra di dalam melaksanakan urusan perkhidmatan dan pengurusan personel berlandaskan prinsip-prinsip perkhidmatan serta peraturan-peraturan yang ditetapkan
-
Menyelesaikan urusan pengambilan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup iklan.
-
Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dan urusan pemberian taraf berpencen diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas menerima dokumen yang lengkap.
-
Memastikan urusan penyediaan Penyata Perubahan Pendapatan (Kew. 8) diselesaikan tiga (3) hari bekerja selepas menerima keputusan / kelulusan
-
Memastikan urusan permohonan berkaitan saraan dan kemudahan serta permohonan cuti pelbagai diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
-
Memastikan urusan persaraan wajib dalam tempoh dua (2) tahun sebelum tarikh bersara, persaraan pilihan sendiri enam (6) bulan sebelum tarikh bersara dan kes pencen terbitan satu (1) bulan selepas tarikh kematian.
Cawangan Pembangunan Modal Insan

Klik di sini untuk paparan lebih jelas
Objektif
Merancang dan melaksanakan program latihan dan peperiksaan perkhidmatan mengikut jadual bagi meningkatkan ilmu pengetahuan, pembentukan sikap dan kemahiran pegawai Kementerian / Jabatan / Agensi.
Fungsi dan Peranan
-
Menyelaras dan menguruskan program latihan (kursus,bengkel,seminar,ceramah,taklimat) anjuran Kementerian
-
Menguruskan tawaran kursus,bengkel,seminar,ceramah,taklimat anjuran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Sektor Swasta di dalam dan luar negara
-
Menyelaras dan menguruskan peperiksaan perkhidmatan serta menyediakan sukatan peperiksaan bagi Kementerian dan Jabatan
-
Menguruskan peperiksaan khas memasuki perkhidmatan bagi Skim Bakat dan Seni serta Skim Sosial
-
Menjadi urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Tenaga Manusia
-
Menjadi urus setia Mesyuarat Panel Subjek Jabatan.
-
Menyediakan Pelan Perancangan Strategik Pembangunan Modal Insan
Piagam Pelanggan
Kami berjanji akan:
-
Memastikan 80% daripada jumlah keseluruhan pegawai Kementerian menghadiri kursus tujuh (7) hari setahun
-
Melaksanakan program latihan (kursus,bengkel,seminar,ceramah,taklimat) anjuran Kementerian sebanyak 70 kursus setahun
-
Membentangkan perancangan dan pelaksanaan program latihan anjuran Kementerian dua (2) kali setahun
-
Memastikan jadual peperiksaan perkhidmatan dikeluarkan pada Januari setiap tahun
-
Melaksanakan peperiksaan perkhidmatan sebanyak dua (2) kali setahun bagi setiap Gred Lantikan Skim Perkhidmatan Tertutup
-
Memastikan peperiksaan khas memasuki perkhidmatan bagi Skim Bakat dan Seni serta Skim Sosial dilaksanakan dalam masa sebulan dari tarikh permohonan diterima
-
Menganjurkan Kursus Induksi Modul Khusus dan Umum bagi pegawai di Kementerian / Jabatan / Agensi yang baru dilantik dalam tempoh lapan (8) bulan dari tarikh lantikan
-
Memproses permohonan kursus,bengkel,seminar,ceramah,taklimat anjuran Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Sektor swasta dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima
-
Mengumumkan keputusan peperiksaan perkhidmatan dan kursus induksi umum dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh akhir peperiksaan dijalankan.
Cawangan Prestasi & Tatatertib

Klik di sini untuk paparan lebih jelas
Objektif
Untuk memantapkan urusan pembangunan kerjaya anggota melalui perancangan pengurusan prestasi yang cekap dan sistematik dan membentuk sumber manusia yang berintegriti melalui penerapan nilai-nilai murni, program-program pembangunan insan dan juga pelaksanaan urusan tatatertib. Antara fungsi cawangan adalah merancang dan menyelaras urusan kenaikan pangkat warga Kementerian, mengurus dan memantau laporan prestasi, pergerakan gaji, anjakan gaji, penyelaras untuk Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di Kementerian, pengisytiharan harta, penganugerahan darjah kebesaran persekutuan dan negeri, urusan keutuhan pengurusan dan kerenah birokrasi Kementerian serta pelan integriti nasional.
Fungsi dan Peranan
-
Merancang dan menyelaras urusan kenaikan pangkat dan rayuan kenaikan pangkat bagi anggota Kementerian dan Jabatan di bawahnya
-
Merancang urusan penanggungan kerja bagi anggota Kementerian
-
Menyelaras urusan penanggungan kerja bagi jawatan JUSA / Ketua Pengarah Jabatan-jabatan di bawah Kementerian
-
Menyelaras urusan tatatertib
-
Menyelaras urusan Laporan Penilaian Prestasi tahunan bagi anggota Kementerian
-
Menyelaras urusan pengisytiharan harta
-
Urus setia Mesyuarat Pasukan Petugas Mengurangkan Kerenah Birokrasi
-
Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan
-
Urus setia penyediaan pelaporan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
-
Mengurus mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) bagi Pergerakan Gaji, Anjakan Gaji dan pemilihan penerima bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
-
Melaksana dan menyelaras program-program pembangunan insan dan penerapan nilai-nilai Islam melalui pendekatan Islam Hadhari di Kementerian
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk:
-
Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan cawangan
-
Memproses urusan kenaikan pangkat, pemangkuan dan rayuan kenaikan pangkat dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap dikemukakan.
-
Memproses urusan penanggungan kerja dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap dikemukakan.
-
Mengendalikan kes-kes tatatertib dan surcaj dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh laporan lengkap diterima.
-
Memproses urusan permohonan kerja luar, permohonan tanah, pengisytiharan harta dan permohonan bergiat cergas dalam politik dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan lengkap dikemukakan.
-
Mengurus laporan tatatertib dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan laporan salah laku dan pelanggaran disiplin dari Ketua Jabatan.
Unit Pengurusan Psikologi
Objektif
Untuk memantapkan urusan aplikasi psikologi bagi meningkatkan kecemerlangan modal insan dalam perkhidmatan awam melalui beberapa pendekatan antaranya; perkembangan, pencegahan, pemulihan dan pengurusan krisis. Unit ini menjadi pusat rujukan bagi perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara beretika dan profesional serta menyeragamkan aktiviti perkhidmatan psikologi dan kaunseling secara berkesan. Antara fungsi unit adalah mengurus dan memantau pegawai yang berprestasi rendah dan bermasalah di kalangan warga Kementerian, kaunseling kerjaya, aplikasi ujian psikologi, perkhidmatan konsultasi psikologi dan kaunseling, membangunkan modul-modul pembangunan yang berasaskan psikologi, pencegahan dan pemulihan yang berteraskan elemen psikologi dan kaunseling, dan menjalankan urusan kajian dan soal selidik psikologi.
Fungsi dan Peranan
a) Bidang Psikologi
-
Membantu melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
-
Membantu membina modul Program Pembangunan Modal Insan;
-
Membantu melaksanakan aktiviti pemantauan, penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan;
-
Membantu memberi khidmat nasihat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi;
-
Membantu membangun, mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;
-
Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan;
-
Membantu mengurus pegawai berprestasi rendah dan bermasalah; dan
-
Membantu memberi khidmat nasihat dan menjadi pusat sumber rujukan dan maklumat psikologi Kementerian.
b) Bidang Kaunseling
-
Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan;
-
Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, e-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis;
-
Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling;
-
Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti kaunseling sedia ada;
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk:
-
Memberi layanan mesra kepada semua pelanggan yang berurusan dengan unit
-
Mengendalikan kes-kes kaunseling dalam satu hingga enam sesi kaunseling selama tempoh enam (6) bulan dari tarikh laporan dan maklumat lengkap diterima.
-
Memberi khidmat kaunseling dengan memelihara kerahsiaan.
-
Memberi khidmat konsultasi psikologi dan mengaplikasi dasar-dasar psikologi dalam Kementerian dengan penuh etika dan profesional berlandaskan akta dan etika kaunseling serta mengikut piawai America Psychological Association (APA)







Hit : 28397






