Laman Budaya Rakyat 1 Malaysia anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelancongan, Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan agensi kerajaan serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terus diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada setiap hari Sabtu kecuali bulan Ramadhan dan bulan Disember. Laman Budaya Rakyat 1 Malaysia telah dilancarkan oleh YB Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 15 Ogos 2009.
Objektif Laman Budaya Rakyat 1 Malaysia adalah seperti berikut:
- Memberi ruang kepada penggiat seni untuk berkarya
- Menggalakkan masyarakat Malaysia menyertai, menikmati dan menghargai keunikan seni budaya dan warisan negara
- Sebagai jendela untuk menarik pelancong asing ke negara ini.
Sila layari Laman Web Laman Budaya Rakyat 1Malaysia, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut : Klik di sini








Hit : 3376






