Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengadakan Mesyuarat Pengurusan setiap hari Rabu jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian, Aras 1, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.
Mesyuarat Pengurusan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, YBhg. Datuk Wira Kamaruddin Siaraf. Keahlian mesyuarat terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Jabatan/agensi seperti berikut :
- Timbalan Ketua Setiausaha (Penerangan)
- Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan)
- Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi)
- Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan)
- Semua Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi
- Semua Ketua Bahagian Kementerian
- Setiuasaha Sulit Kanan (SUSK) YB Menteri dan YB Timbalan-Timbalan Menteri
Urus Setia Mesyuarat Pengurusan KPKK ialah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Mesyuarat Pengurusan membincangkan perkara-perkara penting berkaitan Kementerian dan Jabatan/Agensi.







Hit : 994





