Search 
 Font Size   Color Scheme        W3C Disability Accessibility  Language Selection
Other Language   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web_en
SERVICES / DANA INDUSTRI KREATIF

Dana Industri Kreatif

E-mail Print PDF  Hit : 11679

PENGENALAN

Lanjutan dari pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 23hb. Oktober 2009, sebanyak RM200 juta dana telah diperuntukkan sebagai pemangkin kepada pembangunan aktiviti industri kreatif seperti penerbitan filem, muzik, animasi, pembangunan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan.

Bank Simpanan Nasional (BSN) telah diberi mandat oleh Kerajaan untuk menguruskan dana yang diperuntukan dengan menyediakan kemudahan pinjaman untuk membiayai keperluan kewangan bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam industri tersebut.

Kemudahan Pinjaman ini menawarkan kadar faedah yang kompetitif dimana permohonan akan dipermudahkan bagi memastikan pembangunan dan perkembangan industri tersebut mencapai hasrat kerajaan dengan jayanya.

SASARAN DAN PEMINJAM YANG LAYAK MEMOHON


Kemudahan pinjaman Industri Kreatif ini layak dipohon oleh mereka yang terlibat secara langsung dengan aktiviti industri kreatif seperti Pemilik Tunggal, Pemilik Bersama dan Syarikat Sdn Bhd. Entiti perniagaan mestilah dikuasai sekurang-kurangnya 51% oleh warganegara Malaysia.

INDUSTRI KREATIF 


Industri Kreatif adalah seperti berikut:-

1. Audio Visual & New Media
  • Animasi
  • Interaktif
  • 'Mobile'
  • Kandungan Internet
  • 'On-line Publishing’ / ‘Multimedia Exhibits'
  • Penerbitan Filem
  • Penerbitan TV
  • Muzik
    3. Seni & Kraf
  • Seni Persembahan
  • Galeri Seni / Muzium
  • Kraftangan
  • Seni Arca
  • Arkib
  • Warisan / Antikuiti
  • Seni Tradisional
    2. Rekaan
  • Rekaan Produk
  • Fesyen
  • Aksesori
  • Seni Reka / Seni Bina
    4. Media Cetak
  • Penerbitan
  • Penulisan
    TUJUAN PEMBIAYAAN
    1. Tujuan pembiayaan adalah bagi Menyediakan sebahagian pinjaman bagi pinjaman yang diperlukan untuk sesuatu penerbitan, pembelian aset dan lain-lain aktiviti berkaitan kreatif industri bagi tujuan pengkomersilan.
    2. Maksud tujuan pengkomersilan adalah “sebarang peglibatan atau usaha yang mana pengeluaran produk adalah bagi pasaran di dalam dan luar negara untuk tujuan keuntungan”.
    3. Mana-mana permohonan yang telah mendapat sokongan kewangan berbentuk geran dari agensi kerajaan sedia ada untuk projek/produk yang sama adalah tidak layak memohon.
    CARA-CARA MEMOHON
    1. Permohonan bertulis hendaklah dialamatkan seperti di bawah:-
    Bank Simpanan Nasional
    Jabatan Pengurusan Kredit
    Tingkat 6, Wisma BSN
    117 Jalan Ampang
    50450 Kuala Lumpur

    Tel : 03-2162 3222 samb 5425 / 5112 ; Web : www.bsn.com.my
    2. Contoh Surat Permohonan
    3. Terma-Terma Pembiayaan
    4. Senarai Semak Dokumen
    Last Updated ( Monday, 05 April 2010 09:50 )  
    .