Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web
DIREKTORI & HUBUNGI KAMI

Perkhidmatan SMS

E-mail Cetak PDF  Hit : 30750

 

 

Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dilancarkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 bersempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat (Chief information Officer - CIO) Sektor Awam 2008. mySMS 15888 telah dibangunkan sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan satu nombor iaitu 15888. Perhidmatan yang disediakan menjanjikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan selamat kepada pelanggan.

Pelaksanaan mySMS 15888 merupakan salah satu usaha penambahbaikan bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggannya. Faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui penggunaan mySMS 15888 ialah :

  • pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dengan cepat, tepat dan selamat.
  • agensi-agensi Kerajaan dapat menyebarkan (broadcast) maklumat atau berita penting kepada pelanggan. Di antara maklumat yang disebarkan adalah notis tamat lesen memandu dan tamat cukai jalan serta informasi mengenai aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan untuk rakyat; dan
  • bagi pelanggan yang berdaftar sebagai ahli mySMS 15888, mereka boleh membuat langganan perkhidmatan SMS yang digemari. Ini membolehkan mereka mendapat notis seperti status lesen memandu atau cukai jalan sebelum tamat tempoh.

a) Perkhidmatan SMS KPKK :

i) Kemudahan untuk mendapatkan alamat rasmi KPKK, sila taipkan :

KPKK ALAMAT & SMS ke 15888

ii) Kemudahan untuk mengemukakan aduan KPKK, sila taipkan :

KPKK ADUAN [Aduan Anda] & SMS ke 15888

b) Hebahan SMS KPKK :

i) KPKK turut menyediakan perkhidmatan hebahan program/aktiviti KPKK kepada Rakan mySMS menerusi Gerbang mySMS. Untuk mendapatkan perkhidmatan hebahan ini, sila daftarkan diri anda sekarang !!!

ii) Cara untuk mendaftar, hanya taip :

REG MYSMS [Nama Penuh] [No. Kad Pengenalan] dan hantar ke 15888

Contoh: REG MYSMS razak bin ahmad 820204145322

c) Gerbang MySMS Malaysia :

  • Sila klik disini untuk melayari laman web, Gerbang SMS Kerajaan Malaysia.
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2008 bertajuk "Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)", sila klik di sini.
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 20 Februari 2010 14:59 )  
.