Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web
DIREKTORI & HUBUNGI KAMI

Piagam Pelanggan KPKK

E-mail Cetak PDF  Hit : 6510

Kami, warga Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan berjanji akan:

  1. Menyampaikan maklumat terkini dan dasar Kerajaan kepada masyarakat dengan sahih, tepat, cepat, jelas dan berkesan menerusi media elektronik, cetak dan komunikasi bersemuka;
  2. Menyediakan perkhidmatan penyebaran ilmu kepada masyarakat mengenai seni budaya dan warisan melalui penyediaan prasarana serta program penyemarakan, persembahan, penulisan, penerbitan, pendidikan dan pameran;
  3. Menyediakan prasarana dan perkhidmatan komunikasi jalur lebar, Internet dan selular yang bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan;
  4. Memproses permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap;
  5. Memproses permohonan dari segi kandungan kreatif bagi Dana Industri Kreatif dalam tempoh 5 hari bekerja;
  6. Mengeluarkan lesen kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (Application Service Provider) dalam tempoh 14 hari bekerja;
  7. Memberi respons kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:
    • Akuan penerimaan dalam tempoh 24 jam bekerja;
    • Maklum balas awal dalam tempoh 72 jam bekerja; dan
    • Laporan status bulanan aduan awam kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) pada minggu pertama setiap bulan.
  8. Memastikan bil dan invois dibayar dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap

Tarikh Kemaskini Piagam Pelanggan (Jumaat, 18 Jun 2010)

bullet5 Prestasi Piagam Pelanggan

 

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 06 Ogos 2010 03:42 )  
.