Search 
 Font Size   Color Scheme        W3C Disability Accessibility  Language Selection
Other Language   
 
PENGENALAN


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web_en
Top Management / KSU Messages

Perutusan KSU

E-mail Print PDF  Hit : 972

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA

Assalamualaikum w.b.t. salam sejahtera dan salam muhibah.



Teknologi ICT kini menjadi alat komunikasi yang penting untuk mendapatkan maklumat dengan cepat. Kemudahan ini harus digunakan dengan optimum untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Laman Web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selain memuatkan maklumat berkaitan Kementerian serta agensi di bawahnya, ia juga menyediakan ruang kepada pelanggan untuk mengutarakan cadangan dan pandangan kepada Kementerian bagi membaiki sistem penyampaian Kementerian. Input mereka selanjutnya juga digunakan untuk memperbaiki sistem penyampaian kementerian ini.



Bagi memudahkan pelanggan mendapat maklumat mengenai Kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya, Laman Web ini dibangunkan secara hiperangkai dengan entiti berkenaan iaitu Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia, Filem Negara Malaysia (FNM), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan BERNAMA.



Melalui laman web ini juga pelanggan dapat mendengar siaran stesen radio RTM dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Saya amat yakin Laman Web KPKK boleh dijadikan saluran komunikasi dua hala yang berkesan bagi membantu kerajaan melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Sehubungan ini, saya juga ingin mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan. Selamat melayari Laman Web KPKK.

Terima Kasih.

 



YBHG DATUK WIRA KAMARUDDIN BIN SIARAF
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN

Last Updated ( Saturday, 16 January 2010 09:53 )  
.