
YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim
YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim dilantik menerajui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan mulai 9 April 2009.
YB Dr Rais memulakan karier politiknya sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dari Tahun 1974 hingga 1976 dan kemudian beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Menteri di kementerian berkenaan.
Beliau pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Undang-Undang dari tahun 1976 hinga 1977 dan Timbalan Dalam Negeri (1977-1978).
Selepas itu beliau pernah bertugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dari tahun 1978 hingga 1982. Sebelum menjawat jawatan sekarang ini, Dr Rais ialah Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Menteri Luar dan Menteri Penerangan.
Beliau yang dilahirkan pada 15 April 1942 di Jelebu, Negeri Sembilan pernah menjadi guru bahasa selepas menamatkan pengajian dalam bidang perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai Kuala Lumpur pada tahun 1964.
Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah undang-undang pada tahun 1973. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah kedoktoran undang-undang di University of London pada tahun 1994.







Hit : 5275






