Kementerian Penerangan kini dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan (KPKK) merupakan sebuah kementerian yang menggabungkan tiga portfolio kementerian sebelum ini iaitu ‘PENERANGAN’ daripada Kementerian Penerangan, ‘KOMUNIKASI’ daripada Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan ‘KEBUDAYAAN’ daripada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Penggabungan ini adalah berikutan dengan penstrukturan semula kabinet selari dengan pelantikan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Ke-6 pada 3 April 2009. Penstrukturan semula semua kabinet telah diumumkan pada 9 April 2009 di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Kini kementerian ini telah dibahagi kepada 3 sektor iaitu sektor penerangan, sektor komunikasi dan juga sektor kebudayaan. Jabatan dan agensi dari kementerian sebelum ini telah diletakkan di bawah KPKK. Bahagian-bahagian sokongan pula berada di bawah bahagian pengurusan kementerian.
1. BAHAGIAN PENGURUSAN
- Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
- Bahagian Kewangan
- Bahagian Pembangunan
- Baagian Khidmat Pengurusan
- Bahagian Akaun
- Bahagian Pengurusan Maklumat
- Pusat Sumber
2. SEKTOR PENERANGAN
- Dasar & Perancangan Strategik (Penerangan)
- Bahagian Antarabangsa (Penerangan)
- Bahagian Pengurusan & Analisis maklumat
- Bahagian Penyelarasan Media
3. SEKTOR KOMUNIKASI
-
Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa
-
Bahagian Kemudahan
-
Bahagian Infra Struktur, Aplikasi dan Teknologi
-
Bahagian Kandungan Komunikasi dan Perkhidmatan Pos
4. SEKTOR KEBUDAYAAN
- Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik
- Bahagian Perhubungan Antarabangsa
- Bahagian Perlesenan & Penguatkuasaan
- Bahagian Pengurusan Acara dan Perhubungan Awam
5. JABATAN / AGENSI
- Jabatan Penyiaran Malaysia
- Jabatan Penerangan Malaysia
- Filem Negara Malaysia
- Jabatan Hal Ehwal Khas
- Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR)
- Arkib Negara Malaysia
- Perpustakaan Negara
- Jabatan Muzium Malaysia
- Jabatan Warisan Negara
- Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara
- Istana Budaya
- Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
- Pertubuhan Berita National Malaysia (BERNAMA)
- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
- Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
- Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (KRAFTANGAN)
- Balai Seni Lukis Negara (BSLN)
- Telekom Malaysia Berhad
- Pos Malaysia Berhad
SEJARAH SEBELUM PENGGABUNGAN
Sejarah awal Kementerian Penerangan bermula pada awal abad ke 20 dengan wujudnya stesen-stesen radio yang merupakan saluran komunikasi terawal di negara ini. Radio telah digunakan untuk menyebarkan dakyah dan propaganda penjajah British dan Jepun bagi mempengaruhi minda dan meraih sokongan mereka. Malayan Film Unit (MFU) melalui penerbitan filem-filem digunakan bagi melancarkan perangsaraf dan geraksaraf terhadap pengaruh komunis yang mengancam Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1945, Jabatan Perhubungan Raya ditubuhkan dan menjadi sebahagian jentera Kerajaan serta ditukar namanya ke Jabatan Perkhidmatan Penerangan (Federal Government's Information Services) pada tahun 1950. Pada Oktober 1959, Tuan Syed Jaafar Albar telah dilantik sebagai Menteri Muda yang bertanggungjawab terhadap bidang penerangan dan penyiaran pada ketika itu.
Pelancaran perkhidmatan siaran televisyen dalam bentuk hitam putih pada tahun 1963 memperlihatkan perkembangan pesat bidang penyiaran. Studio pertamanya yang terletak di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1978 siaran televisyen warna telah dilancarkan.
Perkembangan pesat dalam bidang politik, ekonomi dan sosial memperlihatkan peranan Kementerian Penerangan bertambah daripada hanya mengendalikan perkhidmatan penerangan dan penyiaran kepada penyaluran berita dalam dan luar negara melalui penyertaan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri telah menyertai kementerian ini pada tahun 1981 dengan objektif untuk membangun, menggalak dan memajukan industri perfileman tempatan. Walau bagaimanapun apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ditubuhkan pada tahun 2004, FINAS telah diletakkan di bawah portfolio kementerian tersebut.
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) pula ditubuhkan di bawah kementerian ini pada tahun 2000 dengan tujuan untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat pelbagai kaum khususnya orang Melayu bagi memahami dan menghayati semangat kesetiaan dan cintakan negara.







Hit : 22417






