Carian 
 Saiz Teks   Pilihan Warna        Kurang Upaya W3C  Pilihan Bahasa
Bahasa Lain   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web

Soalan Lazim

E-mail Cetak PDF  Hit : 11483

1) Apakah tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal pembikinan filem-filem tempatan? ( aduan mengenai filem yang berunsur negatif, lucah dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat)

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) telah ditubuhkan untuk mengawal pembikinan filem-filem tempatan. Garis Panduan Isi Kandungan Filem telah disediakan untuk membantu dan memudahkan para karyawan filem dan penyiaran memahami dasar Kerajaan tentang syarat-syarat dan peraturan-peraturan pembikinan filem dan menjadi satu penanda aras untuk menghasilkan filem yang sesuai untuk tontonan masyarakat. (lampiran-Garis panduan)

 

2) Apakah cara permohonan dan peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk mendapat kelulusan PUSPAL? (aduan mengenai permohonan kelulusan PUSPAL ditolak)

Tatacara, garis panduan dan peraturan telah dipaparkan dalam portal KPKK (lampiran-Garis panduan) untuk rujukan orang awam. 

3) Pembinaan menara telekomunikasi dan sistem pemancaran telekomunikasi akan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk di sekeliling kawasan, adakah terdapat Garis Panduan untuk pembinaan menara telekomunikasi dan sistem pemancaran telekomunikasi? Siapakah yang bertanggungjawab untuk meluluskan lesen pembinaan menara telekomunikasi? (aduan mengenai pembinaan menara telekomunikasi dan sistem pemancaran telekomunikasi)

Ya, Garis Panduan tersebut telah disediakan oleh Kerajaan. Untuk makluman, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab dalam menyiasat, memantau dan meluluskan projek pembinaan menara telekomunikasi dan sistem pemancaran telekomunikasi. (lampiran-Garis panduan) 


No. telefon KPKT 03- 2094 7033

No. faks KPKT 03- 2094 9720

http://www.kpkt.gov.my

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 24 Jun 2010 13:51 )  
.