Search 
 Font Size   Color Scheme        W3C Disability Accessibility  Language Selection
Other Language   
 


Piagam Pelanggan
h_aduan
h_perkhidmatan
Pautan Pantas
Penerbitan KPKK
h_koleksi
h_web_en

Utusan Malaysia : 5 Mac 2010 : Fiesta nasi lemak ditangguh

E-mail Print PDF  Hit : 706

KUALA LUMPUR 4 Mac - Fiesta Nasi Lemak 1Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 13 dan 14 Mac ini ditangguh kepada Mei depan bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertai pertandingan itu.

Pengerusi program pesta berkenaan, Chef Yang Jamil berkata, penangguhan tersebut dibuat atas permintaan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

"Beliau mahu jumlah penyertaan daripada 200 orang ditambah kepada 500 peserta termasuk penyertaan pelbagai kaum bagi memenuhi kehendak tema 1Malaysia," katanya pada sidang akhbar di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay di sini hari ini.

Menurut Yang Jamil, penangguhan itu juga kerana penganjur Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Sri Warisan Event Management ingin membuat percubaan mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records.

"Selain itu, penganjur juga ingin membuka penyertaan kepada penduduk etnik di Sabah dan Sarawak untuk menyertai pesta ini kerana bukan kaum Melayu sahaja yang pandai memasak nasi lemak," katanya.

Tambahnya, terdapat dua kategori penyertaan iaitu kategori A, hotel dan restoran serta kategori B, individu dan kelab.

Pelbagai hadiah menarik berjumlah RM100,000 ditawarkan termasuk sebuah kereta bagi pemenang utama dan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 untuk juara kategori A serta RM10,000 untuk juara kategori B.

Katanya, pesta dua hari itu akan diisi dengan pelbagai acara lain seperti pertandingan memasak nasi lemak, demo masakan daripada selebriti tanah air, persembahan hampir 20 artis tempatan, pertandingan pakaian beragam, pertandingan karaoke, gerai masakan warisan dan cabutan nombor bertuah.

 
.